Tuesday 16 February 2016

Chap Goh Mei 2016

Hi U ols...

Hari yang cerah dan indah ni... tetiba jari jemari ni mula nak menari... Post kali ni, epi nak share cerita pasal hari ‘Chap Goh Mei’, hasil perkongsian cerita-cerita dari chinese friend & colleague epi... Chap Goh Mei adalah hari ke-15 Tahun Baru Cina dan pada tahun ini (2016), ia jatuh pada 22hb Februari 2016... Mengikut cerita my colleague, Hokkien memanggil hari ini sebagai hari Chap Goh Mei manakala Chinese memanggil hari ini sebagai hari Yuan Xiao... maaf saya sekiranya saya salah...
Mengikut tradisinya, Chap Goh Mei merupakan hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina. Hari ini dirai sama seperti hari sebelum perayaan Tahun Baru Cina dengan kemeriahan berganda... haaa gitew... Semasa Chap Goh Mei, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk ‘Makan Besar’ (Grand Meal) termasuk hidangan istimewa mereka Sup Bebola Pulut... pelik pulak nama dia dalam Bahasa Malaysia kan... tapi sebenarnya lebih dikenali dengan Glutinous Rice Balls soup atau in Chinese... they called it as Tang Yuan... Menurut tradisi masyarakat cina, hidangan ini wajib dimakan untuk menandakan pertambahan umur lagi setahun... Kawan epi hari tu kata kene makan ikut jumlah umur kita... hahaha... tapi my senior kata, xperlu... yang penting kena makan... katernyer... Manakala di rumah pula akan dimeriahkan dengan cahaya lantern merah... Mereka keluar berdoa di temple mereka kepada 'God of Prosperity' supaya merahmati keluarga mereka untuk rezeki yang terbaik sepanjang tahun...
Secara tradisionalnya, hari ini akan didendangkan dengan Dondang Sayang katernyer... dan dinyayikan dijalanan diikuti dengan alunan Biola, Drum dan Gong... Adakalanya lirik yang ditukar oleh penyanyi akan membuatnya sedikit berkomedi.
Menurut seorang lagi kawan epi, hari Chap Goh Mei ini dikatakan hari kekasih dalam Tahun Cina atau lebih dikenali sebagai Chinese Valentine’s Day... Katernyer lagi, pada hari berkenaan... Wanita-wanita yang masih bujang akan menulis nama dan nombor telephone mereka di atas buah limau sebelum dicampakkan ke dalam sungai untuk mencari calon husband atau teman lelaki... hahaha yang ni buat epi rase nak try... hahaha gurau jer... sambung balik citer... maka lelaki-lelaki bujang akan scoop buah limau tersebut dari sungai dan mula berhubung dengan wanita tersebut... katernyer...
Tradisi membaling buah limau ke dalam sungai masih lagi dipraktikkan di Malaysia... jadi rajin-rajin la cari di mana ya... hahahaha... ade sumber yang epi baca, tradisi ni masih lagi di jalankan di Esplanade Penang. Dimana mereka mengadakan pertandingan, si wanita bujang akan mencampakkan buah limau bertulis nama dan nombor telefon mereka dan lelaki-lelaki yang menyertai pertandingan akan naik bot dan mengaut (scoop) buah-buah limau yang terdapat dalam sungai tersebut. Bot yang paling banyak kaut buah limau akan dikira sebagai pemenang. Aktiviti sebegini masih lagi dijalankan untuk memastikan tradisi ini tidak ditenggelami zaman...



Begiu la kisahnya... ok la... Jari-jemari ni sudah mulai letih menari untuk perkongsian kali ni... hehehehe... Until we meet again ya..! Daaa...


#TheDancingFingers #Epie #EpieFizd #ChapGohMei2016 #15thDayOfCNY #ChineseValentineDay #Culture #TradisiDiMalaysia #MalaysianCulture #BudayaMalaysia #MalaysianTradition #TangYuan #MakanBesar #GrandMeal #YuanXiao

Monday 15 February 2016

The Intro...

Hi U ols... 

This is a bit brief about myself... Well... a lot of people around me use to call me Epie or maybe in formal occasion I will introduce myself as Fiza... I was born in Kuala Lumpur on 18th February 1986 around 1930 hours in local time which is Malaysia... I was born in Tiger Year based on Chinese Zodiac... so my personality was to be describe as Brave, Confident, Adventurous, Expansive, Open and Independent...
Wahhh gitew... speaking London tetibe... Well... I ols bukan jenis yang formal sangat pon sekarang... Just like mcm blog name, The Dancing Fingers... so maknenyer bila I ols mula menulis, jari jemari ni akan menari dan terus menari sehingga kisahnya selesai without concern of the formality and informality of the words... sometimes I will write in English and sometimes I will write Bahasa...
Sambung balik dengan introduction of myself... Saya dilahirkan di Kuala Lumpur dan membesar juga di Kuala Lumpur. Saya merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga saya... So... walaupon luaran saya seorang yang nampak kasar tapi deep inside hati selembut tisu... sensitif... dan comel orangnya... haaaa gitew... hahahaha...
ermmm ape lagi eh... Owh... I ols bekerja dalam bidang construction (more to highrise building)... I ols keje bahagian contractual... tapi sebabkan background I ols dalam Civil Engineering maka semua keje I ols masuk tanga... hehehee multi tasking kononnyer... hahahaha... benda yang paling I ols suka buat time kerja... adalah menaip dan membuat lukisan AutoCad... mungkin sebab jari ni susah nak duk dia... kalau kat umah plak... I ols suka memasak... suka bereksperimentasi tentang resipi2 masakan... haaa nampak x bahasa melayu I ols macam mana... hehehe..
Anyway saya harap content dalam blog yang bakal saya post nanti dapat membantu korang atau ape2 manfaat yang berguna buat korang... Semua info yang dikongsi adalah atas pengalaman dan rujukan yang dibuat saya... sekiranya ade sebarang kesalahan saya memohon maaf dan teguran ikhlas dari pembaca buat saya... kerana... obviously saya hanyalah Manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesalahan...


#SelfIntro #Introduction #SalamPerkenalan #HatiTissue #TheDancingFingers #ManusiaBiasa #Epie #EpieFizd #Februarians #TigerYearLady